call / Whatsapp / sms : 019-7370016

28 Jun, 2010

SS sireh junjung pink purple - Azlyn (tmn sri pulai, skudai)



 


Pernahkah anda terfikir??

Simbolik disebalik hantaran (Part 6) :  Tinggi rendah sireh junjung 

'  Si dara membawa dulang...dulang berisi sireh junjung...yang satu tinggi dan yang satu lagi rendah. Kedua-dua sireh junjung tetap kepala hantaran. Sireh junjung yang tinggi dikhaskan dari sireh junjung pihak lelaki dan yang rendah dari pihak perempuan. Bentuk sireh junjung mengikut kreatif masing-masing..tetapi tetap dengan adat mesti lelaki lebih tinggi '


Masih dalam persoalan lagikan?? kenapa perlu tinggi dan rendah sireh junjung...? kenapa mesti lelaki lebih tinggi? untuk menjawab segala persoalan ini..kita fikir simbolik ini secara logik dan adatnya. Tujuan utama kita dapat membezakan sireh junjung antara pihak lelaki dan pihak perempuan dengan melihat tinggi dan rendahnya sireh junjung. 
Kedua...sireh junjung dari pihak lelaki lebih tinggi merupakkan satu simbolik bermakna untuk kita tenung...sireh junjung yang tinggi inilah menandakan tanggungjawab lelaki cukup besar sebagai ketua keluarga. Bukan setakat itu saja...lelaki perlu memayungi, memimpin, membimbing, mendidik, memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. So...fikir-fikirkan la yer..

26 Jun, 2010

SS fresh flower pink purple - Azlyn (tmn sri pulai, skudai)









Hantaran azlyn dengan tema warna pink purple menggunakan fresh flower membangkitkan seri dan kesegaran. Wangian bunga segar menambahkan lagi haruman istimewa.    


Terima kasih azlyn..tahniah akak ucapkan atas majlis pertunangan tempoh hari. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin...


24 Jun, 2010

SS sireh junjung hijau putih - Zulfadli (tmn tun aminah, skudai)




 


 Pernahkah anda terfikir??

Simbolik disebalik hantaran (Part 5) :  Tepak sireh dalam hantaran

' Tepak sireh telah lama bertapak di dalam adat melayu dan adat perkahwinan melayu. Dulang hantaran berisi tepak sireh lengkap dengan buah pinang, gambir, kapur, cengkih, tembakau dan daun sireh wajib dipersembahkan sebagai hidangan wajib sebelum pembuka bicara. Sambil berbincang dan bergurau senda tepak sireh inilah dijadikan makanan ringan waktu itu..Fizikal tepak sireh diperbuat dari emas, perak, tembaga atau kayu '


Kenapa perlu ada tepak sireh yer?? adakah orang sekarang makan? bukan itu yang kita persoalkan. Tapi kita perlu sama-sama menyahut....dan menjunjung tinggi adat melayu sama ada kita makan atau tidak. 
Sekurang-kurangnya kita generasi baru memertabatkan tepak sireh sebagai adat warisan yang tidak ternilai dan unik. Simbolik yang boleh ambil darinya...gabungan kesemua bahan menjadi rasa kelat, pedas, manis, pahit dan dingin semuanya menjadi satu...begitu juga rumahtangga yang akan dibina kelak pasti akan merasai masa-masa indah..masa-masa bergelora, bergelombang. Dugaan dan cabaran dalam rumahtangga menjadikan hubungan bertambah erat dan menerbitkan cinta sebenar.

 



23 Jun, 2010

SS hijau putih - Zulfadli (tmn tun aminah, skudai)








Nampak sweet & berseri....Menarik sekali sekala ada gubahan hantaran menggunakan tema hijau putih ala-ala english garden. Begitulah bercitarasa ibu pengantin memilih tema hantaran.

Terima kasih kak huda sekeluarga... moga bertambah berseri dengan kehadiran menantu pertama dalam keluarga dan selamat pengantin baru buat zulfadli. 




21 Jun, 2010

SS bunga tangan merah - Aini (felda air tawar 4, kota tinggi)

SS sireh junjung putih - Aini (felda air tawar 4, kota tinggi)


Pernahkah anda terfikir???

Simbolik disebalik hantaran (Part 4) :  Makanan dalam hantaran
 
' Makanan? bukan nasi berlauk tau.. Makanan ringan umpamanya coklat, kek, buah-buahan, kuih-muih dan macam-macam lagi. Makanan ringan ini turut diletakkan khas di dulang hantaran sebagai hidangan dan dipersembahkan untuk pasangan dan keluarga kedua-dua belah pihak. Dulang ini selingan selain barang-barang keperluan pasangan masing-masing '


Secara simbolik di sini...kedua-dua pihak saling mengingati dan menghargai keluarga masing-masing. Dengan menghulurkan makanan dan buah tangan untuk ahli keluarga. Tidak hanya mementingkan barang keperluan pasangan. Cuba anda fikirkan...barang seperti baju, kain pasang, beg tangan, kasut, dompet...semua barang ini ditujukan khas buat bakal tunang @ bakal suami/isteri. 
Maka barang-barang lain seperti makanan ringan dengan tujuan untuk dikongsi bersama ahli keluarga lain. Yang turut sama-sama merasai kegembiraan itu.. Apalagi kalau anda ada adik-adik kecil atau anak buah...pastinya dulang berisi coklat, buah dan makanan ringan lain sentiasa dinantikan. Jadi jangan berkira soal makanan yer...!! 
 


20 Jun, 2010

SS silver hijau - Aini (felda air tawar 4, Kota tinggi)





Tema silver hijau...gabungan cukup serasi. Dapat memacarkan idea eklusif dalam setiap hantaran.. Ditambah dengan penggunaan alas dulang net labuci yang eklusif..

Terima kasih aini dan selamat pengantin baru... Senang akak berurusan dengan aini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Walaupun first time akak pergi felda air tawar 4...dan lewat malam akak sampai rumah aini. Tapi bila tengok family aini sporting dan mesra sangat...hilang penat akak buat gubahan hari tu dan hilang penat berjalan jauh hantar hantaran aini.


16 Jun, 2010

SS sireh junjung oren pink - Tahir (air tawar 5, kota tinggi)


Pernahkah anda terfikir??

Simbolik disebalik hantaran (Part 3) :  Angka...angka..angka dan angka

' Kita bercakap soal angka lagi hari ni...orang tua dulu-dulu ada berpesan kalau bawa dulang hantaran. Semasa berjalan atau dipersembahkan.. dulang no.1 iaitu sireh junjung atau tepak sebagai kepala hantaran. Angka ganjil itulah sebagai kepala hantaran. Contoh 5 dulang...baki 4 dulang akan diletakkan secara beriringan berdua-dua di atas kain saprah '


Anda faham simboliknya?? saya ringkaskan...orang tua dulu mengumpamakan kita membawa dulang hantaran seperti mempersembahkan kepada raja. Kepala hantaran yang ganjil itu umpama ketua membawa hantaran. 
Dulang-dulang yang lain sebagai pengikut..kalau kepala hantaran berjalan tegak..tegaklah yer..kalau berjalan berpusing-pusing...berpusinglah pengikut dibelakang. Semasa diletakkan di atas kain saprah...nampak tersusun dan rapi seperti berbaris. Begitulah didikkan dan adap rumpun melayu..



15 Jun, 2010

SS oren pink - Tahir (felda air tawar 5, kota tinggi)





Terima kasih tahir..selamat menjalankan janggungjawab baru.

Tema hantaran tahir pink oren..menyerlahkan ceriaan hantaran. Terutama sekali warna oren..memancarkan warna terang ditambah lagi dengan keunikkan dulang tali jutt gold.
Bagi anda ....warna ape pilihan untuk hantaran anda nanti?...pastikan kombinasi pilihan warna tema hantaran anda sesuai dan tepat yer. 
Selamat berfikir-fikir...  :-)



13 Jun, 2010

SS Sireh junjung silver purple - Kamal (seremban, negeri sembilan)


Pernahkah anda terfikir??

Simbolik disebalik hantaran (Part 2) :  Kiraan angka ganjil

" Adat perkahwinan melayu penggunaan angka ganjil dipraktikkan sejak zaman berzaman. Biasanya angka ganjil seperti 3 dulang (pihak lelaki) balas 5 dulang (pihak perempuan) @ 5 dulang balas 7 dulang @ 7 dulang balas 9 dulang @ 9 dulang balas 11 dulang dan seterusnya. Simbolik yang anda boleh lihat disini..hantaran dijadikan sebagai perumpamaan rombongan pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan membawa hajat disamping iringan tanda, hadiah @ buah tangan. Di pihak perempuan pula sebagai tanda terima kasih dan berbesar hati rombongan pihak lelaki datang dengan membalas hantaran lebih 2 dulang dari pihak lelaki. "  



Anda boleh lihat betapa beradap & santunanya aturan adat melayu dan islam. Kita diharuskan memuliakan tetamu yang datang ke rumah apalagi yang membawa hajat yang besar sebab itu kita diajar supaya membawa buah tangan bila ke rumah orang dan kita juga diajar memberi buah tangan pada tetamu yang datang rumah. Anda kena ingat setiap tetamu yang datang ke rumah adalah pembuka rezeki anda. 



11 Jun, 2010

SS hitam silver purple - kamal (seremban, negeri sembilan)




Dari jauh tempahan ni...terima kasih Mas (adik kamal) tempahan diuruskan oleh beliau untuk majlis pertunangan abang kesayangannya di Pasir Gudang. Akak sebagai pengubah hantaran menjalankan tugas mengikut kehendak pelanggan. Walaupun kami berhubung hanya melalui email, sms & telefon. Namun semuanya berjalan dengan lancar. 
Nampak mudah bukan...??
Tak kiralah anda dari perlis ke..kelantan ke...timur ke barat ke
pasangan dan majlis anda akan berlangsung di Johor. Tak perlulah anda bersusah payah bawa hantaran berdulang2 dari jauh...kesian orang tua atau saudara mara. Akak akan aturkan apa yang perlu anda bawa untuk hantaran anda. Yang lain-lain akak sediakan....

 

10 Jun, 2010

SS sireh junjung putih - hamiza (kg bakar batu, JB)

 


Pernahkah anda terfikir??

Simbolik disebalik hantaran (part 1) - Adat membawa hantaran

" Dalam adat rumpun melayu hantaran diibaratkan sebagai hadiah dari rombongan pihak lelaki untuk dihadiahkan kepada pasangan dan keluarga pihak perempuan..mungkin datang dari jauh membawa hajat untuk menyunting bunga di taman. 
Begitulah tingginya adat dan sopan rumpun melayu..
datang memberi salam...menghulur tangan bersalam-salaman...dijemput duduk bersila dan bersimpuh.. berbual mesra..berbalas pantun...bergurau senda membentuk tali siratulrahim...terikat sudah janji termeterai...hantaran dihulur sebagai tanda dan hadiah. Maka terjalinanlah sudah ikatan antara pasangan dan sesama keluarga kedua belah pihak  "   


Jangan jadikan hantaran sebagai bebanan...anggaplah hadiah istimewa anda buat insan tersayang. Barang hantaran tak semestinya mahal atau berjenama...tetapi sekurang-kurangnya anda orang melayu yang dapat  mempertahankan adat perkahwinan melayu yang berharga dari zaman berzaman.



07 Jun, 2010

SS hijau putih - Hamiza (kg bakar batu, JB)





Thanks hamiza & selamat pengantin baru...la ni baru berkesempatan akak upload gambar hantaran hamiza.
Disebalik cerita hantaran ini...saya tak pernah  bersua dengan  hamiza sebelum tu kami berhubung & terima tempahan hanya melalui telefon dan email. Hinggakan hantar brg hantaran pun perantara kakak hamiza. Namun segalanya berjalan lancar dan hantaran siap seperti yang dijadualkan... Saya dapat bersua dengan bakal pengantin (hamiza) pertama kali pada malam sebelum majlis pernikahan. Itulah betapa sibuk kami...tak berkesempatan berjumpa. Hamiza yang berkerja di Putrajaya tak selalu balik JB membataskan untuk jumpa saya...

Alhamdulillah...selesai. Walaupun sesibuk mana pun kalau anda rancang dengan betul majlis anda pasti majlis anda berjalan dengan sempurna dan tidak membebankan anda.