call / Whatsapp / sms : 019-7370016

12 Disember, 2011

SS Buaian Berendoi Biru Putih - Noris (Tmn Sri Putri, Skudai)


Salam bahagia buat semua..terdetik dalam hati bila melihat customer baru melahirkan anak. Nampak riak wajah keibuan penuh kesyukuran dan keseronokan meraikan kehadiran orang baru dalam hidup. Begitulah nikmat atas anugerah Allah buat insan bergelar ibu. Selama 9 bulan menjaga kadungan seperti menatang minyak yang penuh. Dibawa ke sana ke mari, jaga kesihatan, pemakanan sehinggakan emosi si ibu turut dijaga. Agar kandungan berada dalam keadaan yang sihat. 
Konsep berendoi pun ada intipati yang perlu diketahui..di mana kita tunjukkan tanda kesyukuran atas kurniaan Allah yang tidak terhingga dengan mengadakan kenduri kesyukuran, aqiqah disamping disulami selawat berzanji dan ada sesetengah tempat terdapat alunan nyanyian berbentuk nasihat untuk anak. Moga anak yang baru dilahirkan menjadi anak soleh dan solehan.










Terima Kasih Noris, 
Tahniah atas anugerah Allah..anak comel bernama Rayyan Rizqin Bin Mohd Azlizan



Tiada ulasan: