Pakej Pelamin, Mini Pelamin, Photo Booth, Candy Buffet, Name Ceremony, Buaian Berendoi, Gubahan Hantaran dan Sewaan Peralatan hantaran
29 Disember, 2011
26 Disember, 2011
17 Disember, 2011
12 Disember, 2011
SS Buaian Berendoi Biru Putih - Noris (Tmn Sri Putri, Skudai)
Salam bahagia buat semua..terdetik dalam hati bila melihat customer baru melahirkan anak. Nampak riak wajah keibuan penuh kesyukuran dan keseronokan meraikan kehadiran orang baru dalam hidup. Begitulah nikmat atas anugerah Allah buat insan bergelar ibu. Selama 9 bulan menjaga kadungan seperti menatang minyak yang penuh. Dibawa ke sana ke mari, jaga kesihatan, pemakanan sehinggakan emosi si ibu turut dijaga. Agar kandungan berada dalam keadaan yang sihat.
Konsep berendoi pun ada intipati yang perlu diketahui..di mana kita tunjukkan tanda kesyukuran atas kurniaan Allah yang tidak terhingga dengan mengadakan kenduri kesyukuran, aqiqah disamping disulami selawat berzanji dan ada sesetengah tempat terdapat alunan nyanyian berbentuk nasihat untuk anak. Moga anak yang baru dilahirkan menjadi anak soleh dan solehan.
Terima Kasih Noris,
Tahniah atas anugerah Allah..anak comel bernama Rayyan Rizqin Bin Mohd Azlizan
09 Disember, 2011
SS Gubahan Hantaran Biru Putih - Nurulain (Tmn Rinting, JB)
Salam semua..bulan ni bulan terakhir kita berada di tahun 2011. Bulan ini juga bulan cuti sekolah..bulan ramai yang mengadakan majlis.. Sempena meraikan kemeriahan majlis anda.. tema lagu blog ini pun akak dah tukar mengikut suasana pengantin dan perkahwinan. Bagi yang dah kahwin sambil cuci-cuci mata kat sini bolehlah dengar lagu-lagu pengantin sekurang-kurangnya dapat mengimbau kembali detik-detik manis menjadi raja sehari. Untuk bakal pengantin pula pasti berkobar-kobar dan penuh debaran menanti detik diijab kabulkan..begitulah penangan sebuah lagu. Ianya boleh menceritakan segala-galanya.
Apa kata yang dah lama kahwin sambil mendengar lagu pengantin tengok-tengoklah album perkahwinan anda tentu hati berbunga-bunga kembali seperti pengantin baruuu... :-)
Terima kasih Nurul Ain..
terima kasih juga buat kakak beliau nama pun nurul juga.
Satu family telah tempah gubahan melalui seri sentuhan. Selamat pengantin baru akak ucapkan moga berbahagia hingga akhir hayat.
06 Disember, 2011
SS Buaian Berendoi Biru Pink - Nurul (Kg Duku, Pontian)
Terima kasih nurul,
tahniah atas kurniaan Allah dengan zuriat sulong bernama Muhammad Aidit Rayyan. Moga menjadi anak yang soleh dan dapat membahagiakan nurul dan suami.
05 Disember, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)