call / Whatsapp / Telegram / sms : 019-7370016

27 Disember, 2012

SS Mini Pelamin Purple Pink - Farhana (Felda Pasir Raja, Kulai)


Mini pelamin majlis pertunangan Farhana dihiasi juntaian lampu kristal dengan tema warna pink purple.. Dengan latar belakang putih, warna bunga hiasan lebih menonjol..

Terima kasih Farhana, Selamat bertunang..semoga kekal ke jinjang pelamin dan terus bahagia hingga ke akhir hayat.








12 Disember, 2012

SS Mini Pelamin Fresh Flower Purple Putih - Rafidah (Taman Sri Skudai, Johor Bahru)


Untuk mini pelamin majlis pertunangan Rafidah memilih warna putih sebagai warna latar pelamin. Menggunakan bunga segar sebagai hiasan dan memilih tema warna purple dan putih sebagai warna tema.

Terima kasih Rafidah atas tempahan mini pelamin dari seri sentuhan. Selamat bertunang semoga hubungan kekal hingga ke jinjang pelamin dan kekal bahagia selamanya.







10 Disember, 2012

SS Gubahan Hantaran Pink - Faridzul


Salam semua...semoga anda dalam keadaan sejahtera dan dalam lindungan Allah hendaknya. Akak ni kadang-kadang buntu jugak nak update blog. Padahal banyak lagi gambar-gambar hantaran, mini pelamin dan buaian berendoi yang belum upload ke blog. Selain kesibukkan memenuhi tempahan pelanggan dan membalas email itulah yang membuatkan akak terlewat upload gambar ke blog. Ada masanya akak upload je gambar dulu manakala coretan dan ulasannya lewat akak masukkan. Semuanya demi anda, anda setia singgah blog akak maka akak kena beri sesuatu yang menarik untuk anda terus singgah blog akak. Tapi harus diingat semua yang akak coretkan hanya berkisar tentang dunia gubahan hantaran, mini pelamin dan buaian berendoi. So tiadalah gosip-gosip artis ke...cerita pasal bola ke..atau yang lain-lain. 

Untuk makluman semua juga..Seri Sentuhan telah mendapat liputan ke-2 di Majalah Inspirasi Perkahwinan untuk edisi bulan Januari 2013. Anda boleh dapatkan majalah Inspirasi Perkahwinan mulai sekarang sebelum kehabisan stok. Bercerita pasal gambar hantaran di bawah tempahan oleh Faridzul merupakan hantaran untuk pasangan beliau dengan tema warna pink. Nampak sweet bukan...amat sesuai ditujukan kepada pihak perempuan. Akak suka bermain warna dan pelbagai jenis bunga agar nampak tone warna berbeza walaupun menggunakan satu tema warna. 






Tahniah Faridzul dan Selamat Pengantin Baru

SS Gubahan Sireh Junjung Pink - Faridzul






02 Disember, 2012

SS Buaian Berendoi Biru Putih - En.Nizam (Kg Sri Pantai, Mersing)


Salam sejahtera dan selamat menimang cahaya mata baru buat semua yang baru melahirkan anak tak kiralah lelaki atau perempuan. Terutama buat customer akak dari Kg Sri Pantai, Mersing iaitu En. Nizam. Beliau mengadakan majlis cukur jambul anak lelaki yang baru dilahirkan di kampung halaman beliau di Mersing. Alhamdulillah buaian berendoi dapat disempurnakan dengan jayanya sehari sebelum majlis. Dengan tema warna yang dipilih biru dan putih amat sesuai untuk majlis anak lelaki beliau..warna seperti ini nampak lebih sweet untuk baby lelaki disamping kombinasi karektor kartun-kartun.

Bercerita pasal pergi ke Mersing...walaupun perjalanan mengambil masa 2 jam lebih tapi tak terasa sangat kepenatannya. Akak ini nama je orang Johor tapi jarang sangat dapat pergi ke Mersing..dalam setahun tak sekali dapat pergi ke Mersing. Bila dapat tempahan buaian berendoi ini ke Mersing, apalagi akak ambil kesempatan ke sana sambil atas urusan bisnes sambil itu dapatlah pergi melancong ke Mersing. Banyak tempat-tempat menarik di  sana..sempatlah akak jalan-jalan tengok perusahaan keropok lekor, pusing-pusing bandar Mersing dan pergi ke pantai air papan. Tak sangka kat Mersing pun ada sawah padi...terbentang luas dengan terdapatnya rumah rehat @ resort betul-betul ditengah sawah. Dalam pada itu sempat akak servey dan singgah resort menarik yang ada di Mersing..antaranya Air Papan Beach Resort dan Fishing Bay Beach Resort. Itu baru sikit..banyak lagi tempat yang akak tak dapat pergi antara Teluk Godek, Pantai Penyabong dan Pantai Lanun. 2 hari di Mersing tak cukup masa rasanya melancong. Kita bertuah di Johor punyai pantai-pantai yang cantik dan pulau-pulau yang indah tak perlu kita melancong jauh-jauh semuanya ada di Johor. Apa lagi melanconglah ke seluruh negeri Johor. * Promote negeri Johor ini..hehehe.








27 November, 2012

SS Gubahan Hantaran Oren - Raihana (Parit Ya'ani, Yong Peng)


Bulan ini merupakan bulan cuti bagi anak-anak, itu bagi anda yang dah ada anak yang bersekolah. Kalau macam akak, anak kecik-kecik lagi belum merasalah suasana cuti sekolah anak-anak. Sambil melayan jemputan perkahwinan yang berderet alangkah bagus sekiranya ruang masa yang ada digunakan dengan sebaiknya dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Terutama anak-anak perlukan kasih sayang, layanan dan sama-sama bermain. Jangan sampai terabai perhatian kita pada anak-anak. Anak-anak umpama permata berharga yang menyinari masa depan. Akak sekadar saling ingat-mengingati sesama ummah. 

Bercerita tentang hantaran kali ini akak upload gambar gubahan hantaran tempahan oleh sepupu akak iaitu Raihana, di mana beliau telah melangsungkan perkahwinan di Parit Ya'ani, Yong Peng, Batu Pahat. Bertemakan warna oren dengan gabungan bunga lily putih dan bunga cream. Akak memilih design simple agar barang hantaran lebih kelihatan menonjol dengan seimbangkan kuantiti bunga yang digunakan.