call / Whatsapp / sms : 019-7370016

28 Disember, 2009

Bonda pencetus minat ...!!

Alhamdulillah..besar betul anugerah Allah kat kita. Setiap pagi kita bagun dari tidur kita dapat menghirup udara segar dan kita terus bernafas di bumi Allah ini. Walaupun kita tak dapat melihat tapi kita boleh merasai udara tu. Kadang-kadang kita lupa mensyukuri nikmat yang satu ni..


Berkisar tentang tajuk kali ini saya nak berkongsi cerita bersama anda semua..bagaimana bermulanya saya dalam dunia bisnes seni gubahan. Maaf bukan saya ingin membuka pekung di dada..tapi sekadar nak berkongsi. Manalah tau...perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk anda mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia bisnes.Tak kiralah bisnes apa. Yang penting semangat dan keyakinan untuk memulakannya. 


Saya bukanlah bertaraf pro atau telah jadi kaya raya dalam bisnes ini, tapi sekadar bisnes kecil-kecilan. Bermula dari zero hinggalah di mana saya berada sekarang. Walaupun taklah sehebat mana, tapi setidak-tidaknya dengan memanfaatkan anugerah dan kemahiran yang ada sedikit sebanyak dapat juga dijadikan sumber pendapatan sampingan.


Bondalah pencetus minat saya dalam seni gubahan hantaran semenjak dari kecil lagi..Saya amat bersyukur memiliki seorang ibu yang pandai serba serbi. Selain kreatif menggubah ibu juga pandai melukis malah menyanyi! Cukuplah sekadar menghibur anak2.


Bakat seni ibu tidak sekadar itu, ibu juga mahir menjahit malah turut menerima tempahan dari penduduk setempat. Memasak? sampai la ni tak kiralah kuih muih atau lauk pauk, semuanya taraf lima bintang bagi saya. Klu teringat air tangan ibu pasti terliur dibuatnya.Sejuknya tangan ibu membuatkan apa saja yg ditanamya pasti subur bercambah.. Begitulah hebatnya ibu saya. Tapi dalam banyak2 kelebihan ibu hanya satu yg benar-benar saya warisi. Iaitu bakat melukis dan seni menggubah ibu yang dapat saya praktikkan hingga kini.


Bagi yg sezaman tentu anda masih ingat time kat kampung dulu-dulu semua gubahan buat sendiri..kita boleh tengok bagaimana ibu & kakak bertungkus-lumus buat hantaran pertunangan @ perkahwinan.


Macam-macam design yang diorang buat..ada sejadah bentuk masjid negara, tuala bentuk buah, gula-gula & coklat keping-keping jadi rumah dan macam-macam design lagi yang rumit. Time tu belum ada bekas-bekas hantaran yg grand dan eksklusif. Semuanya seratus peratus bergantung pada kreativiti sendiri untuk menggubah sesuatu barang. Klu ada pun setakat bakul buluh untuk isi buah. Itu pun dah kira grand! bagi yg takde skill menggubah, ikat bunjut barang2 jadi mcm hamper pun dah kira ok! saat-saat mcm tu pastinya meriah dengan gurau senda. Time buat hantaran kat kampung macam tu dah tak dapat kita ulang balik kan? Memori tersemat sebagai kenangan terindah..


Sekalung penghargaan buat bonda tersayang..bukan hanya mencurah kasih sayang tapi memberi sedikit harapan dan peluang untuk masa depan dengan bakat seni yg diwariskan. Ingat lagi masa kecil-kecil dulu...saya curi-curi tengok ibu buat gubahan hantaran. Sebenarnya bukan setakat tengok2 , kadang-kadang mengacau lagi ada la...hee..hee.


Bayangkan kakak saya 5 orang, kat rumah selalulah buat majlis..ibulah yang selalu buat gubahan hantaran kakak. Pastu ibu pun ada buat gubahan untuk saudara mara. Kadang-kadang ambil juga tempahan dari orang kampung. Dari saat itulah saya memerhati dan cuba-cuba belajar dari mak. Sehinggalah suatu hari saya diberi peluang  dan kepercayaan untuk cuba menghasilkan gubahan mengikut kreativiti sendiri.


Time tu gubahan yang hantaran tak ada tema dan konsep langsung...janji nampak cantik, ceria, meriah walaupun gunakan tema warna warni! 


Tahun bersilih ganti, segalanya berubah.. termasuklah seni menggubah hantaran.. 

21 Disember, 2009

Menjadi penulis blog...??

Alahai...malasnya nak menaip setiap butir perkataan, menzahirkan setiap kata hati & menjadi penulis blog yang aktif. Selama ini tak banyak yang saya coretkan di blog. Semuanya hanya berkisarkan gambar-gambar hasil gubahan untuk pelanggan seri sentuhan.

Sempena azam baru ini...tahun baru islam (maal hijrah). Saya akan cuba coretkan seberapa banyak yang boleh. Berkongsi dari segi pengalaman bisnes, pengetahuan yang diperolehi, cerita-cerita yang menarik tapi lebih berkisarkan dunia bisnes perkahwinan.

Doakanlah moga-moga azam saya yang 1 ini tercapai dan diberi kesempatan masa. kenapa saya boleh tergerak hati untuk menulis?? jawapannyer..esok je la yer..hee..hee. takde la. Atas pemerhatian dan perkongsian pengetahuan dari blogger-blogger yang berjaya. Saya mulai terpanggil untuk menjadi penulis blog sepertimana mereka.Anda boleh lihat sendiri perkembangan blogger umpama 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Terpaksalah saya menyelit antara ribuan blogger.  

So sebagai langkah permulaan ini..kalau ada apa-apa komen dan cadangan anda yang membina untuk memperbaiki persembahan di blog seri sentuhan..anda boleh salurkan melalui ruangan komen di setiap artikel.   

      

19 Disember, 2009

PENGUMUMAN : PENUKARAN DOMAIN BLOG


Salam maal hijrah...sama-sama kita raikan. moga segala azam baru akan terlaksana tahun depan. Bagi yang tak dapat bercuti hari ini..sabar je la yer. Hari ini saya nak bgtau tentang penukaran domain blog seri sentuhan. Jika beberape hari ini..blog seri sentuhan telah mengalami ganggu sikit. Mohon maaf dipinta atas kesulitan yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah..segala pertukaran domain telah berjalan lancar wlpn ada gangguan sikit. Domain baru seperti dibawah :-

domain blog baru : www.seri-sentuhan.com



Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan seri sentuhan dari awal saya masuk gelanggang perniagaan online pastinya tau..perjalanan seri sentuhan. Daripada zero tentang perniagaan online...secara perlahan-lahan saya belajar. Bermula dari menggunakan fotopages, blogspot dan kini menggunakan nama khas sendiri. Segala usaha telah diambil bagi memudahkan pengunjung setia & pelanggan mudah mengakses blog seri sentuhan menjadi lebih user friendly.

Pertukaran ini merupakan antara langkah diambil bagi memperkukuhkan lagi perniagaan seri sentuhan. Saya berharap pertukaran nama ini memudahkan lagi pengunjung mengingati blog seri sentuhan. Segala sokongan semua terutama pengunjung setia seri sentuhan menjadikan blog ini berdiri teguh atas landasan yang tepat.

jutaan terima kasih saya ucapkan...Teruslah sentiasa mengikuti perkembangan seri sentuhan..sebar-sebarkan la yer pada rakan-rakan yang belum tau tentang pertukaran ini...