call / Whatsapp / sms : 019-7370016

30 Oktober, 2011

SS Buaian Berendoi Biru Putih (majlis berendoi, aqiqah dan potong jambul ) - Pn Azimah (Yong Peng, Johor)


Salam buat semua..hari ini akak upload gambar dan produk terbaru (Buaian Berendoi) dari Seri Sentuhan. Bagi memperkembangkan lagi perniagaan Seri Sentuhan, ini diantara produk terbaru yang akak perkenalkan kepada anda tahun ini. Sepertimana yang telah akak war-warkan dalam facebook tempoh hari. Menjadi harapan moga produk terbaru ini mendapat sambutan hangat dari anda semua. 

Seri Sentuhan menyediakan perkhidmatan sewaan buaian untuk majlis berendoi @ majlis potong jambul dan aqiqah pada harga berpatutan. Tema warna boleh pilih mengikut cita rasa anda. Cenderahati untuk tetamu pun akak boleh sediakan. Tempahan telah pun dibuka.. pastikan anda yang pertama memilih sendiri tema warna. Segala pertanyaan lanjut sila hubungi akak di talian 016-3100376 @ email : seri_sentuhan@yahoo.com.my  @  FB taip : seri-sentuhan.com  









Cenderahati Kotak Gula-Gula



Cenderhati Bunga Rampai (bentuk love)




Cenderahati Apam Polka Dot (bentuk kumbang)


Terima kasih kepada Puan Azimah sekeluarga, 
Moga baby Mohd Abid Zaki menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.


24 Oktober, 2011

SS Hamper Deepavali - Kak Ita (Kulaijaya, Johor)


Happy Deepavali buat anda yang akan menyambutnya. Terutama bagi kaum india yang beragama hindu. Moga deepavali ini membawa kemeriahan dan keceriaan dalam hidup anda. Bagi yang tidak menyambutnya.. sama-samalah kita manfaatkan cuti ini dengan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Untuk kali ini akak upload gambar hamper deepavali (coklat dan bakul bunga) dengan dekorasi yang simple dan menggunakan tema warna yang ceria.





 


Terima kasih kak ita..



15 Oktober, 2011

SS Gubahan Sireh Junjung Merah - Nazir (Kota Tinggi, Johor)








13 Oktober, 2011

CORETAN : Guna Tray Berkaki @ Tak??


Jika anda perhatikan, bekas-bekas hantaran terkini di pasaran banyak yang berbentuk 'tray berkaki. Terdapat pelbagai design dan pilihan. Tray sebegini lebih mudah cantik dan praktikal untuk hantaran yang memerlukan perjalanan jauh.. tray sebegini juga menjadi pilihan generasi muda kini. Lebih moden dan terkini katanya..
 


Tapi bagi golongan ibu-ibu, penggunaan dulang pahar dan kain alas dulang masih lagi menjadi piliha...dan utama. Lebih beradat katanya.. adat perlu dibudayakan.. Terpulanglah kepada citarasa anda kerana Seri Sentuhan ada menyediakan apa jua konsep hantaran yg anda mahukan..

Sekiranya penggunaan dulang pahar dan kain alas dulang menjadi pilihan anda, tidak timbul soal 'old fashion' atau ketinggalan zaman. Adat tetap harus dijunjung.. Siapa lagi yang nak memanjangkan adat jika bukan kita sendiri, generasi melayu masa kini. Jangan dilupa orang melayu terkenal kaya dengan adatnya..











10 Oktober, 2011

SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Merah - Nazir (Kota Tinggi, Johor)








Terima Kasih Nazir..Selamat Pengantin. Lengkaplah sudah penghidupan, menanti pula tanggungjawab sebagai suami. Moga tanggungjawab itu dapat dilaksana dengan sebaiknya.

Tema hantaran kali menggunakan tema warna merah garang pada bunga segar. Menjadi simbol keberanian dan kekuatan. Bertambah menyerlah dengan gandingan tray putih dan dulang silver. Diselang-selikan bunga-bunga kecil pasti mata tertumpu hanya pada keindahan kelopak-kelopak bunga rose.

Jangan lupa 'LIKE' fanpages seri-sentuhan.com



06 Oktober, 2011

SS Gubahan Sireh Junjung Biru Pink - Nini (Kg Melayu, Gelang Patah)












04 Oktober, 2011

PENGUMUMAN : FANPAGE FB SERI-SENTUHAN.COM


Salam bahagia akak ucapkan buat rakan-rakan FB dan blog seri sentuhan. Mulai hari ini fanpage FB SERI-SENTUHAN.COM telah beroperasi sepenuh bagi memenuhi tuntutan ledakkan FB seluruh dunia. FB seri sentuhan sebelum ini telah akak tukar nama kepada nama akak. FB tersebut masih boleh dilayari lagi tetapi menjadi FB peribadi akak manakala FB SERI-SENTUHAN.COM akan khusus untuk perniagaan akak.

Diharap segala kesulitan ini tidak menjejaskan anda mengikuti perkembangan seri sentuhan. Akak juga mempelawa rakan-rakan atau sesiapa pun untuk terus bersama seri sentuhan dan jangan lupa 'LIKE' fanpages seri-sentuhan.com. Anda boleh terus layari link FB dibawah @ tekan button 'LIKE' di atas @ tekan button 'LIKE' di like box sebelah kanan blog seri sentuhan.



Klik di sini :   Mini Pelamin Seri Sentuhan

Klik di sini :   Buaian Berendoi Seri Sentuhan

 
 

Bagi anda yang telah menyertai dan 'LIKE' fanpage seri-sentuhan.com. Akak ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda. Moga kita akan terus dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim sesama kita.