call / Whatsapp / Telegram / sms : 019-7370016

29 Oktober, 2010

SS Gubahan Hantaran Purple Pink - Fiza (Indahpura, Kulai)








Terima kasih fiza..atas tempahan ini!
Selamat bertunang..jaga hubungan tu baik-baik yer. Orang kata...orang bertunang ni darah manis.
Akak doakan hubungan kalian berkekalan..pertunangan ini menjadi landasan ke arah kehidupan berumahtangga kelak. Bukan hanya persiapan untuk majlis perkahwinan akan datang perlu disediakan tapi persiapan diri juga perlu dititik beratkan untuk menjadi isteri dan ibu.  



24 Oktober, 2010

SS Gubahan Hantaran Coklat Gold - Nazihah (seremban, negeri sembilan)




Terima kasih Nazihah
Selamat Pengantin Baru...akak doakan moga cepat dapat baby...dan menjadi isteri, ibu yang terbaik

Gubahan hantaran nazihah ni akak buat tanpa melibatkan dekorasi barang hantaran. Empunya badan kerja di JB dan buat majlis di Seremban, Negeri Sembilan. Mudah untuk customer bawa balik gubahan yang banyak tanpa barang-barang hantaran.
 

12 Oktober, 2010

SS Sireh Junjung Merah Putih - Fieza (tmn JP Perdana, Johor Bahru)



Anda ingin gubahan sireh junjung camni?? order je ngan akak yer. Untuk pengetahuan semua..sepanjang akak buat gubahan sireh junjung pasti idea yang keluar sentiasa berlainan. Biasanya akak main cucuk-cucuk je..berpandukan idea kreatif dan keinginan customer. Sekali akak cucuk pasti akak tak cabut-cabut semula takut nanti rosak pulak fresh flower tu. Paling akak titik beratkan dalam setiap gubahan adalah kualiti dihasilkan, kesegaran bunga, kesempurnaan dan kecantikkan gubahan. Gubah fresh flower menjadi pilihan akak...di sini akak boleh luahkan segala idea dalam setiap gubahan dan merasai kesegaran keharuman bunga disegenap ruang kedai akak. Hilang segala penat serta tekanan mengejar masa siapkan gubahan.     


10 Oktober, 2010

07 Oktober, 2010

HOT...memang HOT!!!


Bakal tiba tarikh yang dinanti..tanggal 10.10.10. 
Satu tarikh istimewa yang tiba sekali dalam 100 tahun. Bertuah majlis anda jatuh pada hari tersebut. Mudah untuk anda mengingati tarikh tu...tapi jangan menganggap tarikh seperti itu sebagai tarikh keramat tau.. Syirik jadinya..kita anggap saja sebagai tarikh cantik dan tarikh mudah kita dan orang lain ingat pada hari istimewa anda disandingkan.

Akak pulak dah namanya tarikh HOT....makin HOT dan makin sibuklah akak menyiapkan tempahan.. berderet orang buat majlis pada tarikh tu. Terima kasih bagi anda yang telah buat tempahan..tunggu sahaja depan pintu rumah anda yer.. akak akan hantar sampai depan rumah... :-)

Tahun depan ada lagi tarikh yang cantik 1.1.11 ....tempahan gubahan hantaran pada tarikh tersebut masih dibuka lagi. Sila booking awal yer...


Berbalik pasal tarikh tu, akan datang pasti kita tidak akan jumpa lagi tarikh camni lagi kan? 100 tahun..lama tu!!!. 
Begitulah lumrah kehidupan kita..masa berjalan begitu pantas tanpa kita sedari.. sesaat yang kita tinggalkan, menjadi nostalgia dan kenangan yang tak mampu kita kembalikan semula. Umur kita terus akan bertambah melewati setiap zon usia manusia...dari bayi....kanak-kanak...remaja....dewasa...dan tua...selepas itu kita akan ke mana?? 

Mudah-mudahan kita akan terus menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan sujud pada yang maha esa.