28 Mac, 2011

SS Gubahan Hantaran Hijau - ila (Skudai, Johor Bahru)

Selamat Pengantin Baru Ila.. Akak sentiasa doakan kekal bahagia untuk hubungan kalian.  

Gubahan hantaran untuk kali ini akak pertama kali gubah hantaran menggunakan tray terbaru. Dengan tema pilihan pelanggan iaitu warna hijau akak padankan dengan warna cream & putih agar warna hijau tidak terlalu mendominasi keseluruhan warna. Lebih mudah dengan penggunaan tray ini untuk disesuaikan dengan pelbagai design dan barang hantaran.






PINDAH KEDAI

Salam buat semua pengunjung setia blog seri sentuhan. Adalah dimaklumkan secara rasminya Seri Sentuhan akan berpindah ke kedai baru (seperti alamat dibawah). Kedai akan beroperasi sepenuhnya pada hari Jumaat, 01 APRIL 2011. Segala sesi perjumpaan....anda boleh datang terus ke kedai baru seri sentuhan mulai hari ini. 


SERI SENTUHAN 
24, TINGKAT 1, ARKED MARA KULAI
81000 KULAIJAYA 
JOHOR DARUL TAKZIM

No. h/p : 016-3100376 

Kunjungan anda ke kedai baru Seri Sentuhan amat kami hargai. Gambar-gambar kedai akan menyusul kemudian. TQ

21 Mac, 2011

SS Gubahan Hantaran Merah Putih - Hawari (Tmn Megah Ria, Johor Bahru)

Tahniah Hawari...selamat pengantin baru. 
Hawari mengadakan majlis di Kelantan walaupun beliau tinggal di Johor Bahru. Hawari memilih tema merah putih..akak gabungkan bunga artificial merah dan sedikit gabungan riben gold berkilat untuk menampakkan kelainan dari tema warna customer akak yang lain. 










Tip-Tip Merancang Gubahan Hantaran

Salam semua...dah lama akak tergerak hati nak bagi tip-tip buat anda semua tak kiralah anda bakal bertunang ke, bakal berkahwin ke @ sekadar pengunjung setia blog seri sentuhan. Akak cuma ingin berkongsi pengalaman dan idea..terpulang kepada anda nak guna atau tidak yer.. Ok tip hari ini...'merancang gubahan hantaran'.  

  • Rancanglah gubahan hantaran anda seawal 6 bulan sebelum majlis.
  • Buatlah perbincangan berkaitan hantaran bersama pasangan anda, keluarga anda dan keluarga pasangan anda
  • Tentukan jumlah dulang hantaran anda dan pasangan (contoh 5 dulang balas 7 dulang) 
  • Pilih konsep gubahan hantaran mengikut keinginan anda, contoh konsep english ke..tradisional...atau moden.. 
  • Pilih tema warna yang bersesuaian dan mengikut citarasa anda, akak galakkan tema warna sama atau ada hubung kait dengan tema warna pelamin anda.
  • Pilih tema bunga yang anda ingini artificial flower ke, fresh flower ke..bunga stokin  
  • Sediakan budget gubahan hantaran mengikut kemampuan anda.
  • Buat survey harga gubahan hantaran di Internet dan kedai barang perkahwinan (pastikan di kedai perkahwinan..anda survey sekali material buat gubahan contoh harga riben 1 meter berapa, harga bunga, aksesori, harga tray 1 unit berapa dan lain-lain lagi)  
  • Anda pilih nak buat sendiri atau serah orang lain buatkan gubahan hantaran.
  • Pastikan anda beli barang hantaran bersesuaian dengan tema hantaran anda  
  • Jangan jadikan gubahan hantaran bebanan dan tekanan sebelum majlis anda sebab itulah anda digalakkan serahkan kepada yang pakar untuk buat gubahan..anda tidak perlu bersusah payah buat dan ke sana ke mari untuk mencari material gubahan.  


Yang penting anda happy semasa majlis yer...

14 Mac, 2011

SS Set Tray Rose

Set tray rose merupakan set sewaan terkini diantara 4 set sewaan untuk tahun ini. Dengan design yang unik sesuai sebagai penganti dulang pahar. Semua jenis konsep gubahan hantaran sesuai digayakan. Anda boleh pilih salah satu set sewaan akak tapi akak ingatkan semula..akak takde sewakan tray kosong yer. Akak sewakan khas buat customer yang tempah gubahan hantaran dengan akak sekali.  





voyeur porn porn movies sex videos hd porno video