call / Whatsapp / sms : 019-7370016

26 Jun, 2013

Buaian Berendoi Putih - En. Hisham (Tmn Majupadu, Kluang Johor)


Nama Baby : EMIR HYQAL BIN HISHAM
Konsep Buai : FOOTBALL

Buaian Anakku kali ini dihiasi dengan Pakej Football, sangat sesuai dengan baby boy! Bertemakan 'all in white' sepertimana permintaan dari En Hisham yang gemarkan warna tersebut. Putih bersih sesuci bayi yg baru dilahirkan..: )






12 Jun, 2013

Buaian Berendoi Pink - Pn Siti Zaiton (Felda Palong Timur, Segamat)

Assalammualaikum...kepada semua pengujung blog Seri Sentuhan. Semoga hari ini kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam.. amin..


Seperti yg telah dijanjikan sebelum ini, kami upload gambar-gambar buaian terbaru Seri Sentuhan yang diberi nama 'Buaian Si Manja'. Comel kan? Puan Siti Zaitun merupakan pelanggan pertama kami yang menggunakannya..
Dengan memilih tema warna pink dan putih serta konsep kartun Hello Kitty pastinya buaian ini kelihatan menarik dan sesuai untuk puterinya beradu..


Anda berminat konsep buai seperti ini..tempahlah sekarang.
Pertanyaan lanjut : AZILA  013-7004432 @ email : seri_sentuhan@yahoo.com.my









11 Jun, 2013

Mini Pelamin Biru Putih - Yana (Taman Nesa, Skudai)


Berlatarkan warna putih, Yana memilih kombinasi warna biru untuk majlis pernikahannya. Yana juga mahukan konsep mini pelamin yang simple dan comel kerana ruangnya agak terhad. Hasilnya tetap menarik bukan..!




07 Jun, 2013

Buaian Berendoi Biru Purple - Hjh Azizah (Taman Muhibah, Kulai)


Kali ini Seri Sentuhan menampilkan Buaian Anakku berserta kain kelambu. Tapi kain kelambu ni disediakan oleh Pn Azizah sendiri bagi menggantikan tirai belakang. Lazimnya baby boy sinonim dgn warna biru, tapi sesekali menggabungkan 2 warna cool iaitu biru dan purple hasilnya tetap tidak mengecewakan.. sangat sesuai untuk baby boy! terima kasih kpd Pn Azizah sekeluarga atas tempahan buaian ini khas untuk majlis aqiqah cucu sulong tersayang bernama Muhammad Rayyan Nafiz yang comel.
  

 



03 Jun, 2013

Mini pelamin menjadi pilihan??



Tahun berganti tahun, abad berganti abad.. Banyak perkara di sekeliling kita yang berubah.. Begitu juga adat dan budaya kita semakin berubah mengikut kesesuaian masa dan zaman..

 Kalau dulu majlis pertunangan dibuat serba ringkas, si perempuan hanya menanti dibilik yang dihias indah. Wakil rombongan pengantin perempuan akan masuk ke bilik untuk menyarungkan cincin pertunangan..

Tapi kini mini pelamin menjadi pilihan, tempat khas untuk si perempuan disarungkan cincin. Tiada lagi bilik berhias. Perlukah mini pelamin untuk majlis pertunangan?

Anda boleh memilih untuk duduk di bilik atau mini pelamin. Kedua-duanya tidak ada salahnya. Mini pelamin di pilih sebagai jalan mudah, tidak perlu menghias bilik atau mengubah kedudukan barang2 yang ada di bilik. Mini pelamin yang lazimnya di buat di ruang tamu menyediakan ruang yang luas dan selesa berbanding bilik yang ruangnya terhad. Tetamu juga tidak perlu berasak di dalam bilik hanya kerana ingin melihat bakal ahli keluarga baru mereka.

Selain majlis pertunangan, mini pelamin juga menjadi pilihan untuk majlis nikah, majlis khatam Al-Quran dan majlis bersanding yang inginkan konsep simple.




 Jom 'Like' page mini pelamin

 https://www.facebook.com/MiniPelaminSeriSentuhan