Majlis perkahwinan pemenang peraduan mencipta tagline seri sentuhan berlangsung meriah dengan kehadiran saudara-mara serta sahabat handai. Nor faizin Abd Rahman merupakan peserta bertuah yang mendapat tajaan gubahan hantaran fresh flower sebagai hadiah peraduan.Tagline ciptaannya adalah ‘SENTUHAN KAMI PENGERAT DUA HATI’.
Nama pengantin dan pasangan : Nur faizin Binti Abd Rahman dan Mohd Anuar Bin Hasnan
Pekerjaaan : Nur Faizin - Guru Sandaran SK Kompleks Uda dan Anuar – Jurutera TNB Kluang
Tarikh majlis akad nikah : 25 Mac 2011
Tarikh majlis persandingan: 26 Mac 2011
Dulang hantaran : 7 dulang balas 9 dulang
Warna tema majlis : Merah putih
Lokasi : Dewan TNB Kempas
Rentetan Majlis Akad Majlis 25 Mac 2011
- Sedari petang rombongan pihak lelaki yang datang dari Muar sudah berada di rumah persinggahan bagi memastikan majlis akad nikah yang dijadualkan bakal berlangsung selepas Isyak berjalan lancar.
- Pasangan pengantin selamat diijab kabulkan dalam suasana yang tenang di majlis TNB Kempas. Dengan dua kali lafaz mereka sah bergelar pasangan suami isteri.
- Selepas selesai upacara akad nikah dan batal air sembahyang, berlangsung pula sesi bergambar bersama keluarga.
- Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan hantaran antara pihak lelaki dan perempuan yang di adakan di Dewan TNB Kempas.
- Kedua mempelai berjalan masuk ke dewan di iringi dengan bacaan selawat oleh para tetamu. Majlis juga diserikan lagi dengan celoteh DJ jemputan.
- Upacara penyerahan hantaran berlangsung sempurna dengan kata aluan wakil pihak perempuan serta ucapan terima kasih dari pihak lelaki
- 7 dulang hantaran bertemakan ungu dan putih dari pihak lelaki dibalas dengan 9 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Hantaran bertemakan kombinasi warna merah dan putih yng dihiasi bunga-bungaan segar tajaan Seri Sentuhan.
- Hadirin turut dijamu dengan pelbagai juadah yg enak
Majlis Resepsi
- Majlis resepsi berlangsung pada hari berikutnya iaitu 26 Mac 2011
- Bertempat di Dewan TNB Kempas
Set hantaran pengantin dari kedua-dua pihak tersusun indah menyeri majlis akad nikah.
Upacara penyerahan wakil wali oleh bapa pengantin perempuan
Satu persetujuan..
Detik-detik penuh debaran dan saat kedua mempelai dijabkabulkan..
'Aku terima nikahnya...'
Termetarai sudah ikatan dua hati..
'Amin...' Penuh kesyukuran...
Ikrar dan janji seorang suami.. dan penyerahan mahar kepada isteri tercinta..
Kucupan kasih penuh syahdu
Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah dan senang









2 comments:
gabungan warna yang menarik dan gambar diambil dari sudut yang mantap.tahniah.moga terus maju
TQ..
Catat Ulasan