call / Whatsapp / Telegram / sms : 019-7370016

20 November, 2011

SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Merah Putih - Hazrat (Kg Melaju Majidee, JB)


Set hantaran kali ini ditempah oleh Hazrat, dari kg Melayu Majidee. Hazrat memilih kombinasi warna merah dan putih sebagai konsep warna hantarannya. Merah tanda cinta sejati.. sesuai dihadiahkan buat permaisuri hati.. seri sentuhan menggabungkan bunga ros merah, carnation merah dan baby breath sebagai bunga hiasan hantaran kali ini..










Terima Kasih Hazrat, Selamat Pengantin Baru



SS Gubahan Sireh Junjung Hijau Cream - Zati (Tmn Johor Jaya, JB)











16 November, 2011

SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Hijau Cream - Zati (Tmn Johor Jaya, JB)


Set hantaran 9 dulang yang ditempah oleh Zeti ini bertemakan warna 'lime green' dengan menggunakan fresh flowers. Jika diperhatikan, bunga segar dengan warna hijau asli tidak terdapat dalam pelbagai jenis sepertimana warna-warna yang lain. Oleh kerana itu, banyak kedai-kedai bunga yang menggunakan kaedah 'celup warna' menggunakan bunga warna putih dan dicelup pewarna hijau. Jadilah bunga hijau bukan asli.

Untuk hantaran Zeti, seri sentuhan menggunakan bunga segar berwarna hijau asli dari jenis orkid dan crysentemum. Warna hijau asli biasanya kelihatan lebih natural dan semulajadi. Ia digabungkan dengan ros krim dan baby breath bagi menghasilkan kombinasi warna yang dingini. Hasilnya gubahan hantaran kelihatan menarik dan berseri..









Terima Kasih Zati, Selamat Pengantin Baru.





13 November, 2011

SS Buaian Berendoi Pink Putih - Rita (Kulaijaya, Johor)


Selamat pagi semua..la ni dah masuk bulan November. Semakin dekat kita menghampiri hujung tahun iaitu bulan Desember dan akan berakhirlah tahun 2011. Terlalu pantas masa berlalu..umur kita turut bertambah tahun depan. So hujung tahun jugalah ramai yang mengadakan majlis perkahwinan..semakin sibuklah bagi penggiat industi perkahwinan di Malaysia termasuklah akak. Bagi yang melangsungkan perkahwinan selamat pengantin baru dan moga berbahagia selamanya. 

Terima kasih akak ucapkan pada Rita atas sewaan buaian berendoi untuk majlis berendoi anak beliau. Majlis diadakan serentak majlis khatam Al Quran adik tersayang di rumah orang tua Rita.  






Anda bila lagi nak adakan majlis berendoi untuk anak? jangan lupa contact akak yer..








08 November, 2011

SS Gubahan Hantaran Cream Gold - Hisham (Larkin, JB)


Alhamdulillah, sempurna sudah hari raya aidiladha @ hari raya haji. Sudah ukur apa pengorbanan kita?? tak perlu fikir jauh-jauh, renung-renungkan apa pengorbanan kita pada orang tua kita sendiri. Sekelumit zarah pun kita tak mampu lagi nak balas pengorbanan mereka. Moga kita sama-sama saling ingat mengingati diri kita dan menyayangi mereka selagi hayat mereka masih ada. Selamat hari raya aidiladha buat semua.

Akak bawakan gambar terbaru gubahan hantaran artificial bertemakan cream gold. Semua serba-serbi gold..bunga pun guna warna gold berkilat. Begitulah citarasa yang empunya badan untuk majlis pertunangan yang diadakan pada hari raya haji yang lepas. Betul ke? gold simbol kekayaan..terpulang pandangan masing-masing. Citarasa anda bagaimana?

Tempahan gubahan hantaran masih dibuka hingga hujung tahun..
Tempahan untuk tahun depan pun telah dibuka seluas-luasnya!!! :-)







Terima Kasih Hisham, 
Selamat Bertunang









05 November, 2011

SS Gubahan Hantaran Merah Putih Silver - Pn Haniza (Jurong, Singapore)

Salam Aidiladha...selamat pergi dan balik bagi yang mengerjakan fardu haji. Walaupun hari raya haji tidak semeriah hari raya aidilfitri jangan jadi alasan untuk kita tidak menyambutnya. Pulanglah ke kampung halaman..kepulangan anda amat dinantikan. Sama-samalah kita menghayati erti pengorbanan sebenar Nabi Ibrahim S.A.W dan Nabi Ismail S.A.W.

Dibawah akak upload gambar hantaran atas tempahan oleh Pn Haniza untuk adik lelaki beliau dengan tema merah, putih dan silver.. terserlah putih bersih dan suci.






Terima Kasih Pn Haniza




04 November, 2011

BERENDOI - ADAT MELAYU


   
SET BUAIAN BERENDOI - Inilah produk terbaru dari Seri Sentuhan khusus untuk pasangan yang baru menimang cahaya mata.. Kebiasaannya kenduri kesyukuran akan diadakan sempena kedatangan 'ahli baru' dalam keluarga. Tak kiralah anak pertama atau yang ke berapa sekalipun. Saat itulah rasa syukur dan gembira dikongsi bersama sanak saudara.