call / Whatsapp / sms : 019-7370016

08 November, 2010

SS Gubahan Bunga Dulang Oganza - Biru




Sekali sekala anda tengok hantaran guna bunga dulang oganza menarik bukan? Nampak unik dan punya nilai seni kreatif. Sebenarnya akak juga menerima tempahan gubahan hantaran guna bunga dulang oganza @ bunga stokin. Bercerita tentang koleksi bunga dulang oganza warna biru seperti gambar kat atas. Akak buat khas dengan menggabungkan warna biru dengan warna silver. Diadun (ehh...cam nak buat kuih pulak)... bersama bunga-bunga kristal dan manik seakan biji-biji mutiara. Warna silver menghiasi setiap kelopak bunga, daun dan riben nampak lebih eklusif.  

Melihatkan kepada setiap kelopak bunga yang banyak tu...anda boleh bayangkan bagaimana nak buat? senang ke susah? tanya kepada sesiapa yang pernah buat... Time nak buat kena ada kesabaran, ketelitian, kena berhati-hati (kain oganza nipis & mudah koyak), masa yang panjang dan mood kena stabil yer kalau tak hancur bunga tu nanti.. :-)

Tiada ulasan: