call / Whatsapp / sms : 019-7370016

29 Disember, 2010

SS Tray Putih Bertangkai



Akak memperkenalkan barang sewa terbaru seri sentuhan..tray putih bertangkai (material besi). Tray ini merupakan salah satu koleksi tray barang sewa yang akan digunakan untuk tempahan pada tahun depan (2011). Menarik dijadikan pelengkap hantaran anda..boleh dihias dengan pelbagai design yang diingini. 
Akak juga nak maklumkan sekali lagi yer...semua barang sewa yang ada dalam koleksi seri sentuhan akak sewakan khas buat pelanggan yang menempah gubahan hantaran dengan akak sekali. Akak takde menyewakan tray kosong. 

27 Disember, 2010

SS Gubahan Sireh Junjung Oren - Kamal (Seremban, Negeri Sembilan)




Sireh junjung ini akak gubah khas untuk majlis kamal, bertemakan oren dengan menggunakan fresh flower - bunga ros oren, bunga orkid putih dan bunga pom-pom putih (nama bunga yang diberi orang cina, tak tau pulak nama english nyer). Kesemua gabungan ini menampakkan warna-warna keceriaan.

Akak nak mengingatkan..jika majlis anda pada bulan FEBUARI ini dan ingin menggunakan fresh flower untuk gubahan hantaran atau gubahan di pelamin. Dijangkakan harga bunga akan meningkat hingga 3 kali ganda dari harga biasa. Ini berdasarkan pengalaman akak gubah hantaran. Anda nak tahu kenapa..? pada bulan FEBUARI biasanya permintaan bunga fresh meningkat berlipat kali ganda di pasaran disebabkan sambutan 'Valentine Day'. Jadi tauke-tauke bunga akan naikkan harga sesuka hati bagi memenuhi permintaan yang tinggi. So anda boleh buat servey dan kira-kira budget.

Berfikirlah sebaiknya..yer!!


26 Disember, 2010

SS Gubahan Hantaran Oren - Kamal (Seremban, Negeri Sembilan)







Terima kasih banyak2 Kamal...untuk tempahan hantaran kali ke-2 ini. Akak amat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan. Semoga perkahwinan yang dibina membawa sinar bahagia.  

Kamal orang Negeri...bertemu jodoh dan peristerikan orang JB. Itulah dia jodoh namanya. Jauh atau dekat semua itu ketentuan tuhan. Kadang-kadang yang dekat tak nampak..yang jauh pulak yang nampak. Anda bila lagi nak buat majlis?! jangan tunggu lama-lama.. belanja kawin sekarang makin meningkat tau..duit hantaran pun dah naik sekarang. 

So bab hantaran serah kat akak je...semua dibereskan! anda tak perlu pening-pening kepala dan ke hulu ke hilir cari bahan untuk buat gubahan hantaran. 


KAK AZILA - 016-3100376 
seri_sentuhan@yahoo.com.my

 

19 Disember, 2010

SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Merah Kuning - Kalaiyarasu (Kempas Baru, Johor Bahru)

Sejarah tercipta buat Seri Sentuhan, akak dapat tempahan hantaran dari kaum India. Pertama kali akak gubah hantaran lain dari yang lain. Terima kasih banyak-banyak Kalai dan family...atas tempahan ini. Selamat bertunang...moga sentiasa bahagia. Tanpa panduan dari family Kalai sukar juga akak nak gubah... Al maklumlah lain budaya dan adat resam. Dari gubahan ini akak baru dapat tahu serba sedikit adat resam kaum india, pantang larang dan simbolik disebalik hantaran tersebut. Ditambah lagi akak buat servey dan mancari maklumat maka terhasil gubahan seperti dibawah. 
Dengan bertemakan merah kuning guna bunga fresh flower telah menyerlahkan keceriaan dan sedikit taburan bunga mawar membangkitkan aroma yang menyegarkan. Kesemua hantaran ada 13 dulang..tapi akak tak dapat upload semua gambar nanti penuh 1 page. Dulang yang lain :

1. kain sari + bedak + gelang + cermin + perfume
2. bunga kalung + bunga tangan
3. kalung emas
4. sireh + pinang




Hantaran Gula-Gula



Hantaran Air Bunga Mawar



Hantaran Kuih Dram 



Hantaran Ladu 



 Hantaran Lampu Sembahyang



Hantaran Coklat  



Hantaran Buah Kelapa


Hantaran Kurma & Gula Batu



1 SERI SENTUHAN, 1 MALAYSIA 


14 Disember, 2010

SS Sireh Junjung Hijau Cream - Akmal (tmn pulai indah, skudai)






Anda sudah fikir-fikirkan gubahan sireh junjung yang anda inginkan? mungkin sireh junjung di atas boleh dijadikan pilihan design gubahan sireh junjung anda....bertemakan hijau cream fresh flower. Sesuai digubah dalam pelbagai bekas atau tray. 

12 Disember, 2010

SS Gubahan Hantaran Fresh flower Hijau Cream - Akmal (Tmn Pulai Indah, Skudai)








Terima kasih akmal. Akak sekeluarga ucapkan selamat pengantin baru dan akak sentiasa doakan yang terbaik untuk rumahtangga akmal.

 Bertemakan hijau cream fresh flower.....hantaran ini nampak sweet sangat..dan grand bila guna cinderralla carriage. Anda bile lagi nak tempah???

" jangan tunggu...lama-lama...nanti lama-lama..dia (cinderella) ditempah orang "  pernah dengar lagu ni? saje akak tokok-tokok sikit..

Melihatkan hantaran ini siapa kata orang lelaki tidak mempunyai citarasa..mereka pun anda citarasa inginkan hantaran yang cantik, menarik, tertarik :-).... dan eklusif. Kadang-kadang citarasa lelaki untuk hantaran mereka melangkaui apa orang perempuan inginkan dalam hantaran. Tak percaya?? tengok-tengok la pasangan anda camne.... :-P

 

SS Gubahan Sireh Junjung Merah Putih - Azie (tmn kota masai, pasir gudang)



Pantun sireh pinang

 " Sireh Junjung Sireh Pinang
          Sireh kami susun bertingkat
           Adat dijunjung pusaka dikenang
                  Bangsa berbudi hidup muafakat "


Yaaaa...itu dia berpantun pulak... la ni dah besar panjang dah tak ingat nak berpantun kan? dulu-dulu time sekolah je la terror berpantun. Lupa dah semua skill.. Berbalik pasal gubahan sirih junjung azie ni akak gubah khas untuk majlis azie..dengan tema merah putih fresh flower. Gandingan tema warna yang sesuai sangat. Warna putih suci dan lembut itu telah mempengaruhi warna merah yang garang.. 


07 Disember, 2010

SS Gubahan Hantaran Merah Putih - Azie (kota masai, pasir gudang)






Terima kasih azie..selamat pengantin baru, moga ikatan perkahwinan ini membawa seribu kebahagian. Akak minta maaf tak dapat datang majlis azie.  

Azie ini merupakan pelanggan akak yang berkerja di luar negara..tak silap akak Qatar. Proses tempahan gubahan hantaran pun dari sana. So tempahan yang ini kali dua azie tempah ngan akak. First time masa azie bertunang. Tema hantaran bertemakan merah putih..bertambah unik dengan bakul beranyam berwarna putih dan bercorak dari bali.

Semasa akak hantar hantaran ini ke rumah azie..meriah sangat suasana rumah azie. Jiran tetangga dan saudara mara sibuk buat persiapan. Riuh rendah bila masing-masing bergurau dan menyakat.. teringat dulu-dulu masa malam majlis akak, walaupun penat tapi seronok.     

01 Disember, 2010

SS Gubahan Sireh Junjung - Noreddeen (tmn uda utama, JB)



Pantun Sirih Pinang

" Dijunjung datang disambut hajat
         dulang berukir tepak peminangan
persudikan santap sirih beradat
          pusaka bangsa zaman berzaman "


Jemput dipersilakan makan daun sireh....heee. zaman sekarang dah kurang sangat orang makan daun sireh kecuali kalau masih ada atuk & nenek tentu diorang makan. Bagus tau makan daun sireh boleh awet muda, pastu gerenti gigi takkan rosak walapun gigi nampak merah kehitaman. Kini peredaran zaman telah merubah segalanya...sireh junjung sekadar hiasan sebagai pelengkap senarai dulang hantaran tetapi kita sekurang-kurangnya menjunjung adat setinggi-tingginya. Kita tak akan dapat rasai suasana bau daun sireh dalam majlis kalau kita guna daun sireh plastik @ tak menyediakan langsung dulang gubahan hantaran daun sireh.      

Berbalik pada gambar gubahan sireh junjung kat atas...akak gubah sireh junjung dengan design terbaru. Begitu juga untuk gubahan anda akak akan cuba cipta design baru tetapi bergantung permintaan juga. Jika customer bagi kebebasan untuk akak gubah design baru pasti akak buat design yang baru.  

Bagi sesiapa yang nak tempah gubahan sireh junjung sahaja pun akak terima..