03 Jun, 2013

Mini pelamin menjadi pilihan??



Tahun berganti tahun, abad berganti abad.. Banyak perkara di sekeliling kita yang berubah.. Begitu juga adat dan budaya kita semakin berubah mengikut kesesuaian masa dan zaman..

 Kalau dulu majlis pertunangan dibuat serba ringkas, si perempuan hanya menanti dibilik yang dihias indah. Wakil rombongan pengantin perempuan akan masuk ke bilik untuk menyarungkan cincin pertunangan..

Tapi kini mini pelamin menjadi pilihan, tempat khas untuk si perempuan disarungkan cincin. Tiada lagi bilik berhias. Perlukah mini pelamin untuk majlis pertunangan?

Anda boleh memilih untuk duduk di bilik atau mini pelamin. Kedua-duanya tidak ada salahnya. Mini pelamin di pilih sebagai jalan mudah, tidak perlu menghias bilik atau mengubah kedudukan barang2 yang ada di bilik. Mini pelamin yang lazimnya di buat di ruang tamu menyediakan ruang yang luas dan selesa berbanding bilik yang ruangnya terhad. Tetamu juga tidak perlu berasak di dalam bilik hanya kerana ingin melihat bakal ahli keluarga baru mereka.

Selain majlis pertunangan, mini pelamin juga menjadi pilihan untuk majlis nikah, majlis khatam Al-Quran dan majlis bersanding yang inginkan konsep simple.




 Jom 'Like' page mini pelamin

 https://www.facebook.com/MiniPelaminSeriSentuhan

Tiada ulasan:

voyeur porn porn movies sex videos hd porno video