call / Whatsapp / Telegram / sms : 019-7370016

29 April, 2011

SS Gubahan Fresh Flower Disco Pink - Hood (Tmn Perling, Johor Bahru)

Terima kasih Hood atas tempahan ini. Selamat bertunang.. 
terima kasih juga buat Eja (tunang Hood) yang telah mengaturkan tempahan gubahan hantaran fresh flower untuk hood. 





22 April, 2011

Detik-detik majlis pernikahan faizin

Majlis perkahwinan pemenang peraduan mencipta tagline seri sentuhan berlangsung meriah dengan kehadiran saudara-mara serta sahabat handai. Nor faizin Abd Rahman merupakan peserta bertuah yang mendapat tajaan gubahan hantaran fresh flower sebagai hadiah peraduan.Tagline ciptaannya adalah ‘SENTUHAN KAMI PENGERAT DUA HATI’.  

Nama pengantin dan pasangan : Nur faizin Binti Abd Rahman dan Mohd Anuar Bin Hasnan
Pekerjaaan : Nur Faizin - Guru Sandaran SK Kompleks Uda dan Anuar – Jurutera TNB Kluang
Tarikh majlis akad nikah : 25 Mac 2011
Tarikh majlis persandingan: 26 Mac 2011
Dulang hantaran : 7 dulang balas 9 dulang
Warna tema majlis : Merah putih
Lokasi : Dewan TNB Kempas

Setelah 7 tahun menyulam kasih dan cinta, akhirnya pasangan ini bersatu menjadi pasangan suami isteri yang sah disaksikan keluarga kedua-dua mempelai. Sinar bahagia terpancar jelas saat di ijab kabulkan. Menyelami detik-detik perkenalan, pada awalnya mereka diperkenalkan oleh seorang teman. Ketika itu masing-masing masih lagi menuntut. Meskipun jarak memisahkan mereka kerana Anuar berada di pulau Pinang manakala Faizin pula di Melaka hubungan mereka masih terus erat dan semakin mekar hingga ke jinjang pelamin.

  Tiup serunai di atas kota
  Uda memupuk bunga melati
  Mula kenal kemudian bercinta
  Cinta tersemai di dalam hati  


Rentetan Majlis Akad Majlis 25 Mac 2011
  • Sedari  petang rombongan pihak lelaki yang datang dari Muar sudah berada di rumah persinggahan bagi memastikan majlis akad nikah yang dijadualkan bakal berlangsung selepas Isyak berjalan lancar.
  • Pasangan pengantin selamat diijab kabulkan dalam suasana yang tenang di majlis TNB Kempas. Dengan dua kali lafaz  mereka sah bergelar pasangan suami isteri.
  • Selepas selesai upacara akad nikah dan batal air sembahyang, berlangsung pula sesi bergambar bersama keluarga.
  • Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan hantaran antara pihak lelaki dan  perempuan yang di adakan di Dewan TNB Kempas.
  • Kedua mempelai berjalan masuk ke dewan di iringi dengan bacaan selawat oleh para tetamu. Majlis juga diserikan lagi dengan celoteh DJ jemputan.
  • Upacara penyerahan hantaran berlangsung sempurna dengan kata aluan wakil pihak perempuan serta ucapan terima kasih dari pihak lelaki
  • 7 dulang hantaran bertemakan ungu dan putih dari pihak lelaki dibalas dengan 9 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Hantaran bertemakan kombinasi warna merah dan putih yng dihiasi bunga-bungaan segar tajaan Seri Sentuhan.
  • Hadirin turut dijamu dengan pelbagai juadah yg enak 

Majlis Resepsi 
  • Majlis resepsi berlangsung pada hari berikutnya iaitu 26 Mac 2011
  • Bertempat di Dewan TNB Kempas   


Set hantaran pengantin dari kedua-dua pihak tersusun indah menyeri majlis akad nikah.

Upacara penyerahan wakil wali oleh bapa pengantin perempuan 

Satu persetujuan..

Detik-detik penuh debaran dan saat kedua mempelai dijabkabulkan..

'Aku terima nikahnya...'

 
Termetarai sudah ikatan dua hati..

'Amin...' Penuh kesyukuran...

Ikrar dan janji seorang suami.. dan penyerahan mahar kepada isteri tercinta..

Kucupan kasih penuh syahdu


Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah dan senang

20 April, 2011

SS Gubahan Sireh Junjung Merah Putih - Faizin (Tmn Kempas, Johor Bahru)

Jangan lupa esok..terus bersama seri sentuhan menyelami detik-detik bahagia pasangan dua merpati ini dan saat-saat debaran disatukan sebagai pasangan suami isteri di majlis pernikahan.  



SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Merah Putih - Faizin (Tmn Kempas, Johor Bahru)

Selamat pengantin baru faizin.. moga ikatan yang dibina akan kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata soleh  serta solehah. Terima kasih juga atas layanan mesra keluarga Faizin untuk akak sekeluarga dalam majlis pernikahan Faizin.

Seperti yang akak war-warkan sebelum ini, Faizin merupakan pemenang mencipta tagline seri sentuhan dengan mendapat tajaan gubahan hantaran fresh flower. Alhamdulillah segala perancangan telah terlaksana. 









10 April, 2011

07 April, 2011

SS Gubahan Hantaran Pink - Heddy (Tmn Permai, Kulaijaya)

Maaf ye..terlewat akak nak upload gambar hantaran customer punya termasuk la gambar hantaran heddy ni.. sejak kebelakangan ni sibuk sikit berkemas kedai. Baru pindah kedai baru ni banyak benda nak uruskan. So jika anda berdekatan kedai akak jangan lupa singgah-singgah yer.. 

Gambar hantaran customer yang lain akan menyusul kemudian.. banyak lagi yang belum upload. Thanks anda kunjungan anda ke blog seri sentuhan.





SS Gubahan Sireh Junjung Hijau - Ila (Skudai, Johor Bahru)