call / Whatsapp / Telegram / sms : 019-7370016

24 Februari, 2011

SS Gubahan Sireh Junjung Putih - Kak Zalmah (Taman Universiti, Skudai)

Terima kasih..kak zalmah. atas tempahan ini. Kak zalmah ni tempah gubahan sireh junjung dengan akak untuk anak buah yang melangsungkan perkahwinan. Bertemakan putih dengan sedikit bunga-bunga kecik kuning.  



23 Februari, 2011

SS Gubahan Sireh Junjung Merah Campagne Pink - Rahimi (Bandar Putra, Kulaijaya)

Jemput masuk...jemput masuk!! selamat datang ke blog seri sentuhan. Anda tak salah masuk blog seri sentuhan. Jangan terkejut pulak wajah blog berubah. Inilah blog seri sentuhan dari dulu kini dan selamanya. Blog ini hanya berubah wajah...berubah templat...berubah warna...segalanya berubah. Pengisian dan gambar masih tetap sama. Akak pun masih sama..hihi.





Bercerita pasal gubahan sireh junjung Rahimi...dengan bertemakan merah dan champagne pink...nampak gah. Sesuai dijadikan kepala hantaran dari pihak lelaki. berketinggian 3 tingkat manakala penggunaan bunga ros yang banyak. Anda boleh pilih mana-mana design yang anda ingini..jika anda tak tau nak cari contoh gambar sireh junjung. Anda boleh buat carian di blog ini cari perkataan 'Carian' dibahagian atas blog ini. Anda isi ruangan search (contoh anda ingin cari..sireh junjung merah) pastu tekan search..... semua maklumat sireh junjung akan keluar. Disitu anda boleh tengok gambar. Akak memang tak letakkan senarai sireh junjung di tepi blog ini.

22 Februari, 2011

PENGUMUMAN : BLOG BERWAJAH BARU...

Salam Semua

Gangguan hari ini alhamdulillah telah dapat diselesaikan..'katak-katak' tu pun telah dibuang..hihihi. Jalan terakhir bagi menyelamatkan blog, terpaksalah blog seri sentuhan menyalin kulit dan berwajah baru. Moga wajah baru blog seri sentuhan ini serasi bersama anda. Anggaplah perubahan ini untuk tahun baru dan azam baru.

Segala kesulitan amat akak kesali..teruskan menyokong seri sentuhan.

TQ

KAK AZILA

21 Februari, 2011

SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Merah & Champagne Pink - Rahimi (Bandar Putra, Kulaijaya)

Terima kasih Rahimi...terima kasih juga khas buat Kak Linda (kakak pengantin) atas tempahan ini. Selamat pengantin baru buat Rahimi moga kekal bahagia selamanya.

Gubahan fresh flower ini atas permintaan kak linda inginkan design bunga yang padat di setiap sudut, semua ruang ada bunga. Dengan tema merah, champagne pink dan sedikit silver. Akak gabungkan warna-warna ini agar nampak lebih menyerlah dan segar. 

Anda inginkan design gubahan hantaran seperti ini? ... jangan lupa contact akak yer..  















14 Februari, 2011

SS Gubahan Hantaran Pink - Shikin (Benut, Pontian)

Salam maulidur rasul S.A.W.. buat semua pada hari esok. Hayati segala perjuangan dan semangat rasulullah...dan kita sama-sama mengikut segala suruhannya. Contohi keperibadiannya agar perjalanan kehidupan kita diberkati dan diredhai Allah.  











Terima kasih Shikin.. Selamat pengantin baru. Moga hubungan kalian bertambah erat dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel

Bertemakan pink dan dipadankan dengan tray putih...nampak sweet! Akak guna bunga yang nampak look like real english konsep. Agar sesiapa yang melihatnya dari jauh takkan perasan bunga ini bunga artificial.  

10 Februari, 2011

SS Gubahan Hantaran Biru Kuning - Ain (Kulaijaya, Johor)










Terima kasih Ain, Selamat bertunang moga ikatan yang dibina akan terus 
kekal sampai bila-bila.

Tema warna hantaran ain dengan kombinasi warna biru kuning nampak menarik dan lain dari yang lain. Pertama kali akak gubah hantaran dengan kombinasi warna seperti ini. Bertambah menyerlah dengan penggunaan bunga 'shinning'. Sesekali mencuba warna-warna baru menampakkan kelainan pada gubahan hantaran.