call / Whatsapp / Telegram / sms : 019-7370016

30 Januari, 2011

SS Gubahan Hantaran Maroon Putih - Wani (Pasir Gudang, Johor)















Thanks Wani atas tempahan ini..Selamat pengantin baru untuk wani & suami serta kakak wani & pasangannya. Moga kekal bahagia ke akhir hayat. Mungkin agak terlewat akak masukkan gambar hantaran wani biasalah ikut turn. Rugi jugak rasanya tak berkesempatan menghadiri majlis persandingan wani. Maklumlah meraikan dua pasang pengantin sekaligus tentu meriah. Tapi akak berkesempatan tengok facebook wani...memang meriah masing-masing cantik dan padan. Moga cepat menimang cahaya mata.   


28 Januari, 2011

SS Set Tray Umbrella




Tray sewa terbaru dari seri sentuhan...TRAY UMBRELLA akak perkenalkan dan menjadikan koleksi tray ke-3 tahun ini. Nampak menarik bukan? Warna putih dan bermaterial besi teguh. Mungkin tray ini menjadi pilihan dan sebagai pelengkap gubahan hantaran anda.. Anda boleh berjimat untuk gubahan hantaran anda.

26 Januari, 2011

SS Gubahan Sireh Junjung Cream - Mieza (Bandar Baru Uda, Johor Bahru)




Salam semua...macam mane perancangan perkahwinan anda? majlis anda semakin hampir..? jangan terlalu kusutkan fikiran sehingga memberi tekanan untuk menghadapi majlis besar anda. Buatlah perancangan sebaiknya serahlah sebahagian tugas urusan kepada pakar. Urusan gubahan hantaran serah kepada pakar yang sesuai..urusan andaman & photografer serah kepada pakar..urusan katering serah kepada pakar..urusan cenderahati dan bunga telur serah kepada pakar.. Sebab itu sekarang sudah ada wedding planner yang mengaturkan semuanya...... itu yang terbaik. Kalau tidak semua benda anda buat sendiri tak termampu anda uruskan.

Berbalik pasal hantaran mieza..akak hantar hantaran mieza ke Yayasan Warisan Johor. Majlis pertunangan mieza di adakan di sana. Pertama kali akak hantar ke sana dan pertama kali juga akak tau di yayasan warisan johor ada tempat khas untuk majlis-majlis perkahwinan @ pertunangan. Dengan kawasan yang menghijau..suasana seperti perkampungan dalam taman. Ada juga sebuah rumah limas seperti rumah limas di Danga bay. Rumah limas itulah segala pelamin, set hantaran dan tempat himpun 2 keluarga di satukan. Manakala ruang makan berada dikawasan luar rumah limas. So jika ingin majlis anda nampak grand...apa kata anda buat di sana. ehhh...akak cam promote pulak!!

25 Januari, 2011

SS Gubahan Hantaran Cream Gold Hijau - Mieza (Bandar Baru Uda, Johor Bahru)









Terima kasih Mieza (Bandar Baru Uda, Johor Bahru) dan selamat bertunang. Buat Kak Ani (ibu mieza) moga-moga segala perancangan perkahwinan mieza berjalan lancar nanti.  

Bertemakan 3 warna cream, gold dan hijau. Akak terapkan gubahan hantaran ini bertemakan kotemporari eklusif. Seperti juga dari semua koleksi gubahan hantaran akak. Akak lebih banyak terapkan gubahan hantaran moden, elegan, kotemporari dan eklusif. Setiap gubahan punya identitinya tersendiri dan tidak terlalu sarat agar nilai barang hantaran anda yang mahal itu lebih terserlah.   

21 Januari, 2011

SS Bunga Hiasan Hijau Cream (tema english)

Akak kat kedai pun sebenarnya ada jual bunga jugak terutama bunga siap digubah cam gambar kat bawah. Bertema english berwarna hijau cream. Material pasu besi bunga artificial. Sekiranya anda berkenan boleh la calling-calling akak yer.



Harga : RM 39.00 pcs

16 Januari, 2011

seri sentuhan di akhbar SINAR HARIAN

   
(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)



Pada tanggal 15 Januari 2011, hari Sabtu lepas. Seri sentuhan mencipta sejarah tersendiri dalam industri perkhawinan di Johor. Pertama kali seri sentuhan masuk dalam akhbar harian iaitu SINAR HARIAN (edisi Johor). Terima kasih SINAR HARIAN terutama sekali wartawannya iaitu Nina atas tawaran yang diberikan kepada seri sentuhan. 
Terkejut pada mulanya, maklumlah tak pernah masuk paper. Kalau akak iklankan bisnes seri sentuhan di dalam akhbar terpaksa akak sediakan perbelanjaan yang besar terutama sekali bila masuk ruangan 1 page penuh. Akak hanya mampu doakan moga akhbar Sinar Harian menjadi akhbar diminat ramai dan menjadi akhbar no.1 di Malaysia.

SS Tray Square Putih



Set tray sewa ke-2 akak perkenalkan untuk tahun ini. Berwarna putih dan material besi sepenuhnya terdapat penambahan kristal-kristal tergantung menambahkan seri. Tray ini mempunyai dua fungsi utama untuk dijadikan tray gubahan hantaran. Anda boleh tengok gambar..gambar pertama tray mengunakan tangkai seperti kubah dan fungsi kedua tangkai tray boleh ditanggalkan. Gubahan boleh digubah terus di atas tray square tersebut. Mungkin ini tray pilihan untuk gubahan hantaran anda? anda boleh jimatkan perbelanjaan gubahan hantaran hanya dengan menyewa tray.

 



12 Januari, 2011

SS Hamper Fresh Flower Pink Purple - Jimmy Ting (Kuala Lumpur, WP)




Thanks Jimmy Ting & Family (DataMicron Systems Sdn Bhd) atas tempahan hamper ini... Harap u berpuashati. 

Untuk pengetahuan semua akak terima tempahan ini by phone je.. tak silap akak 5 hari sebelum penghantaran hamper ini. Semasa tempahan dibuat melalui staf beliau memaklumkan tidak dapat hadir jemputan perkahwinan (Alia Zafirar) di Straits View, JB. So sebagai penganti diri..beliau hadiahkan hamper untuk diserahkan kepada pengantin sehari sebelum majlis. Seperti dijadualkan akak hantar sebelum majlis namun akak tak berkesempatan berjumpa dengan pengantin. Walaupun akak tak bersua dengan pengantin tanggungjawab yang diberikan oleh customer terlaksana hari tu. 



SS Gubahan Hantaran Biru Pink - Nana (Ulu Tiram, Johor)




Salam semua...camne dah start mulakan langkah pertama dalam merealisasikan azam 2011. Hari ini dah masuk 12 hari kita berada di tahun baru. Bagi yang menyambut harijadi hari ini maka bertambahlah usia anda. Mungkin yang kanak-kanak meningkat ke usia remaja...yang remaja meningkat ke usia dewasa dan yang dewasa memasuki usia tua (usia emas). Usia anda diperingkat mana?... mudah-mudah semakin meningkat usia kita semakin kita dekat mencari jalan keredhaan-nya. 

   

10 Januari, 2011

SS Gubahan Hantaran Biru Pink - Nana (Ulu Tiram, Johor)








Terima kasih Nana atas tempahan ini... Selamat bertunang dan akan menuju ke jinjang pelamin. Moga-moga persiapan yang akan dirancang akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Bertemakan warna biru pink nampak sweet.. walaupun gubahan ini simple tapi nampak lebih ceria..dengan disesuaikan tray kayu putih.  


03 Januari, 2011

SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Chery Pink & Purple - Mas (Stulang Baru, JB)











Terima kasih Mas atas tempahan ini.. akak doakan moga hubungan yang dibina akan terus kekal dan selamat melayari bahtera rumahtangga. Sinar kebahagiaan yang terpancar semasa majlis hari tu akan terus bersinar sampai bila-bila.

Anda lihat hantaran ini nampak grand bukan?...begitu jugalah majlis pasangan ini. Meriah sangat dan pelamin mereka memang grand dengan berkonsep english cinderella carriage. First time akak tengok majlis camtu. Berbalik pasal hantaran Mas..akak gubah hantaran fresh flower dengan bertemakan chery pink campur purple. Adunan warna yang jarang akak gunakan dalam gubahan tetapi dapat mencipta kelainan dan nampak eklusif dengan gandingan bunga-bunga silver. 

Anda ingin tempah gubahan hantaran fresh flower contact akak terus yer..

KAK AZILA - 016-3100376
seri_sentuhan@yahoo.com.my