28 November, 2010

SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Putih - Noreddeen (Tmn Uda Utama, JB)






Terima kasih noredden.. selamat pengantin baru. Moga berbahagia selalu hendaknya.
Salam penghargaan dan ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Din terutama sekali hanis (kakak pengantin). Atas kepercayaan keluarga hanis tempah gubahan dengan akak lagi sekali.

Untuk makluman anda semua...keluarga hanis mencipta rekod tempah gubahan hantaran dengan akak sebanyak 4 kali..hanis (1 set gubahan hantaran fresh flower time kahwin), aizam (1 set gubahan hantaran fresh flower time kahwin), din (1 set gubahan hantaran artificial time tunang & 1 set gubahan hantaran fresh flower time kahwin). Keluarga ini menjadi salah satu regular customer akak...dari dulu hingga kini dan selamanya (pinjam ayat UMNO..heee...). Atas sokongan keluarga hanis dan anda semua akan terus menaikkan lagi nama seri sentuhan dalam industri perkahwinan di Johor. Seterusnya dapat memertabatkan seni gubahan dan memajukan lagi perniagaan ini.    

23 November, 2010

SS Gubahan Bunga Dulang Oganza - Kuning



Kali ini akak perkenalkan koleksi bunga dulang oganza bertemakan warna kuning. Dengan digandingkan manik dan bunga kristal berwarna kuning serta sedikit campuran daun kristal jernih dapat membangkitkan kelainan dari design bunga dulang sebelum ini. Riben eklusif berwarna gold sebagai penambah hiasan dan aksesori.

Anda berminat? jangan lupa contact akak yer...pastikan booking gubahan hantaran guna bunga dulang oganza sebulan sebelum majlis @ sebulan sebelum ambil hantaran yang telah siap. 

15 November, 2010

SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Pink - Amir (Kangkar Pulai, Skudai)




Terima kasih amir..selamat bertunang. Moga ikatan pertunangan ini akan terus kekal hingga ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga akhir hayat juga yer.

Buat anda semua akak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha..hayati erti pengorbanan yang sebenarnya dan menyambut dengan penuh kesyukuran. Bagi yang tak dapat balik kampung jangan bersedih-sedih yer..maklum la kebanyakkannya dapat cuti 1 hari je. Lusa dah start kerja balik..sambutlah seadanya walaupun diperantauan. Jika berkemampuan masih sempat lagi untuk menunaikan ibadah korban. Agar mereka-mereka yang dalam kemiskinan merasai nikmat hari raya..time hari raya korbanlah mereka dapat makan berlaukkan daging. Itulah nikmat sebenar hari raya aidil adha!! 


Salam aidil adha..dari akak sekeluarga.   

10 November, 2010

SS Gubahan bunga dulang daun getah




Anda tahu pasal daun getah boleh dijadikan gubahan bunga? Sekiranya kat kampung dulu ada pokok getah..pastinya tak terfikir satu hari nanti daun getah boleh dijadikan gubahan bunga dan perhiasan. Menarik bukan? 
Tapi sekarang semuanya tak mustahil dan ianya boleh dijadikan sesuatu yang mempunyai nilai ekonomi.
Untuk gubahan kali ini akak gubah bunga dulang daun getah..berwarna merah seakan-akan warna purple, sedikit kuning dan digabungkan dengan daun material kain stokin. Tambahan bunga kristal membangkitkan kelainan.

Berminat? anda boleh tempah ngan akak yer...!! 


08 November, 2010

SS Gubahan Bunga Dulang Oganza - Biru




Sekali sekala anda tengok hantaran guna bunga dulang oganza menarik bukan? Nampak unik dan punya nilai seni kreatif. Sebenarnya akak juga menerima tempahan gubahan hantaran guna bunga dulang oganza @ bunga stokin. Bercerita tentang koleksi bunga dulang oganza warna biru seperti gambar kat atas. Akak buat khas dengan menggabungkan warna biru dengan warna silver. Diadun (ehh...cam nak buat kuih pulak)... bersama bunga-bunga kristal dan manik seakan biji-biji mutiara. Warna silver menghiasi setiap kelopak bunga, daun dan riben nampak lebih eklusif.  

Melihatkan kepada setiap kelopak bunga yang banyak tu...anda boleh bayangkan bagaimana nak buat? senang ke susah? tanya kepada sesiapa yang pernah buat... Time nak buat kena ada kesabaran, ketelitian, kena berhati-hati (kain oganza nipis & mudah koyak), masa yang panjang dan mood kena stabil yer kalau tak hancur bunga tu nanti.. :-)

SS Sireh Junjung - Purple Pink (Fiza)




Salam semua, macam mana persiapan perkahwinan anda? 
akak doakan semua berjalan dengan lancar. Start akhir bulan ni hingga akhir tahun pastinya ramai yang mengadakan majlis perkahwinan. Bukan hanya pengantin bertambah sibuk tapi mereka-mereka yang terlibat dalam industri perkahwinan juga turut sibuk. So akak juga tergolong dikalangan dalam industri ini.

Perhatian...!! sekiranya anda ingin membuat tempahan untuk musim cuti sekolah ini. Sila berhubung dengan akak yer..untuk pertanyaan dan buat semakkan tarikh. Bertindak segera sebelum tempahan ditutup..


KAK AZILA - 016-3100376




voyeur porn porn movies sex videos hd porno video