call / Whatsapp / sms : 019-7370016

30 Mac, 2012

Antara Adat & Islam


Kadang-kadang kita dalam persimpangan antara menjunjung adat atau menegakkan syiar Islam terutama dalam mengadakan majlis perkahwinan. Mungkin anda pernah dengar dan pernah alaminya sendiri. Adat serta kepercayaan bagi penetapan tarikh majlis perkahwinan, adat sebelum majlis, larangan bakal pengantin sebelum majlis, adat tolak hujan, adat naikkan seri wajah dan macam-macam lagi. 



Cuma akak nak high light kan tentang penetapan tarikh perkahwinan. Rasa-rasanya kini tak ramai yang mengamalkan adat penetapan tarikh perkahwinan mengikut tarikh-tarikh tertentu. Mungkin ramai yang berpengetahuan atau tau serba sedikit soal agama. Kini penetapan tarikh hanya bersandarkan kepada tarikh cuti sekolah, cuti umum, tarikh-tarikh cantik, faktor kewangan dan sebagainya. Tapi tidak bagi yang kuat memegang adat, penetapan tarikh ditentukan mengikut tarikh-tarikh tertentu. Ada yang mengatakan tak elok buat majlis dalam bulan Muharam, tak elok buat majlis pada bulan atau tarikh kematian orang terdekat yang mempunyai pertalian  darah (contoh adik-beradik, ibu bapa, atuk, nenek), tak elok buat majlis pada tahun yang sama dengan adik beradik dan banyak lagi tarikh yang tak elok. Dengan ramalan...katanya kalau kita tak ikut tarikh tersebut perkahwinan tidak akan kekal lama, rezeki kurang, ditimpa bala bencana, susah dapat zuriat, bagi adik beradik berkahwin tahun yang sama 'akan kalah salah seorang darinya seperti salah seorang akan meninggal dunia lebih awal dalam usia yang muda'. Seram sejuk juga kalau kita mendengarnya.... apatah lagi bagi yang pertama kali mendengarnya mau naik bulu roma. 

Dalam Islam bagaimana? bagi menetapkan majlis..sepanjang pengetahuan akak yang tak hebat dalam ilmu agamanya. Tak pernah dengar pun dalam Al-Quran atau hadis, Islam menetapkan tarikh-tarikh tertentu yang elok atau yang tidak elok untuk mengadakan majlis pernikahan atau perkahwinan. Islam itu agama yang mudah ..semua tarikh atau bulan boleh buat majlis. Tiada pantang larang dan tiada perkara yang menghadkan umat mengadakan majlis perkahwinan.Jangan kusutkan dan rumitkan lagi dengan adat yang membebankan umatnya. Yang pasti perkahwinan umpama membina sebuah masjid di sana terjalin  ikatan suci lagi sah antara lelaki dan wanita. Diharuskan diraikan dengan mengadakan majlis agar orang lain tahu adanya sepasang kekasih telah disatukan dan bergelar suami isteri yang sah.  

Persoalannya sekarang anda akan ikut yang mana satu?? antara adat atau berpegang teguh pada Islam. "tepuk dada tanya hati atau tepuk dada tanya iman"



Jangan lupe like tau!!!





Tiada ulasan: