call / Whatsapp / sms : 019-7370016

07 Januari, 2010

Bibit-bibit cintakan seni

Ahamdulillah... masih lagi kuat semangat saya utk meneruskan catatan blog saya utk minggu ni. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung laman blog seri sentuhan. Semoga segala azam dan impian anda akan tercapai dan dapat direalisasikan tahun ni.


Seri Sentuhan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pengunjung blog yang berminat dgn hasil kerja Seri Sentuhan khususnya pada sesiapa yang pernah membuat tempahan sebelum ini. Seri Sentuhan amat menghargai kesudian dan kepercayaan anda semua memilih Seri Sentuhan untuk menjadikan hantaran perkahwinan impian anda suatu kenyataan.


Tentu anda masih ingat siapakah pencetus minat saya dalam seni menggubah. Melalui kepercayaan ibu, saya menjadi lebih yakin untuk cuba menghasilkan gubahan hantaran dengan kreativiti sendiri. Dari situlah bermulanya bibit-bibit cintakan seni menggubah mula bercambah. Saya mula menyertai pertandingan menggubah di sekolah anjuran  Persatuan Puteri Islam peringkat sekolah dan daerah. Menjuarai setiap pertandingan menjadikan minat saya makin bertambah..


Tamat alam persekolahan saya mula melangkah ke menara gading. Saya menyambung pengajian dalam jurusan Senilukis & Senireka di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Hidup bersendirian tanpa keluarga di perantauan menjadikan saya lebih berdikari dengan memanfaatkan kemahiran yang ada.. Kemahiran menggubah yang ibu bekalkan nyata tak sia-sia..

Tiada ulasan: